Jumaat, 11 April 2014

TUGASAN II KURSUS KKD 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH SEMESTER 2, SESI 2013/2014 (UPSI)

PENGENALAN


Dalam tugasan dua pembangunan sahsiah, tugasan yang perlu dibuat ialah menghasilkan satu Kit Pembangunan Sahsiah atau spesifiknya dikenali sebagai A Personality Development Kit for Excellent Teacher bagi meningkatkan kesedaran khususnya kepada bakal guru dan guru-guru tentang kepentingan memupuk ciri-ciri peribadi yang murni dalam usaha menghasilkan pelajar yang holistic dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.  Kit ini berasaskan kepada situasi (perkara negative atau positif) yang dialami oleh ahli kumpulan sendiri berkaitan dengan sahsiah guru di sekolah masing-masing.

Tujuan penghasilan produk adalah untuk;

·         Mengaplikasi kefahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari dalam kuliah
·         Meningkatkan pembacaan pelajar tentang isu berkaitan pembangunan sahsiah guru
·         Memupuk kreativiti pelajar dalam mereka cipta sesuatu produk
·         Memberi maklumat/ panduan/ kesedaran kepentingan memiliki cirri peribadi murni dan cemerlang dalam kalangan guru

Bukan sahaja tujuan di atas, akan tetapi melalui kursus pembangunan sahsiah ini juga turut memberi peluang kepada  guru untuk membina perwatakan dirinya sebagai seorang guru yang lebih berkeupayaan terutama dalam menjalankan amanah sebagai pendidik di sekolah kelak. Ini juga sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru untuk memahami pemahaman konsep, teori, aplikasi nilai, etika yang berkesan untuk memupuk ciri-ciri peribadi yang murni. Malah, guru adalah contoh kepada pelajar untuk menghasilkan pelajar yang holistic dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Guru perlu memberikan contoh yang terbaik atau sahsiah murni khususnya pada pandangan masyarakat dan pelajar.



PEMAHAMAN KONSEP

            Isu sahsiah guru dapat dilihat daripada pengertian yang diberikan terhadap dua perkataan utama iaitu ‘isu’ dan ‘sahsiah’. Sahsiah bermaksud keperibadian atau peribadi yang dimiliki oleh seseorang, menurut Kamus Dewan 2011. Selain itu, sahsiah merupakan kata nama daripada perkataan Bahasa Arab yang sinonim dengan sifat-sifat yang ada dalam diri manusia iaitu peribadi, keperibadian, perwatakan, personaliti,pembawaan, dan keoknuman. Aspek peribadi seorang guru yang menjurus kepada perwatakannya, personaliti, cara guru bertingkah laku dan bertindak yang boleh mencerminkan tentang dirinya secara umum. Isu pula merupakan kata nama yang berasal daripada Bahasa Arab yang sinonim dengan persoalan, masalah, perkara, hal, pokok, perbincangan, tajuk perbualan dan topik.

            Perbincangan  sahsiah guru yang positif merujuk kepada perkara yang dilakukan oleh guru yang dapat dibanggakan dan meningkatkan profesion perguruan yang sememangnya merupakan sesuatu yang dihasratkan oleh masyarakat dan negara. Guru yang mempunyai sifat berdedikasi dalam menjalankan kewajipannya melengkapkan pelajarnya dengan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan persediaan daripada dari segi psikologi adalah guru yang sentiasa menampilkan sahsiah diri yang positif. Implikasi yang positif berlaku kepada murid, guru, sekolah dan negara dengan penampilan sahsiah guru yang positif terhadap murid.

            Isu sahsiah guru yang negatif adalah segala isu yang berkaitan dengan perkara atau persoalan yang tidak dijangka, yang mengaibkan dan memalukan bidang pendidikan di mata masyarakat. Implikasi daripada sahsiah yang ditunjukkan dalam konteks negatif adalah memudaratkan pelajar secara fizikal mahupun psikologi dan boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan murid, ibu bapa mahupun masyarakat terhadap profesion perguruan. Ini boleh dilihat di mana seorang guru terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ataupun melakukan perkara yang melanggar peraturan tugasan harian seperti tidak datang tanpa sebab. Sahsiah seorang guru seperti ini adalah sifat negatif yang tidak sepatutnya dijadikan teladan kepada bakal-bakal guru yang lain kerana sifat-sifat tidak amanah dan jujur dalam pekerjaan inilah yang akan membentuk anak murid di sekolah kerana guru seharusnya memberikan komitmen dan menjadi contoh kepada murid-murid.

            Pemahaman konsep sahsiah daripada pelbagai pendapat yang di utarakan oleh ahli-ahli psikologi. Menurut Imam Al-Ghazali (1999), sahsiah merangkumi empat asas pokok akhlak iaitu kebijaksanaan, keberanian, kebersihan jiwa, dan keadilan. Pendapat Ryckman (2000), sahsiah ialah ciri-ciri yang dinamik dan tersusun dimiliki oleh seseorang yang mempengaruhi kognitif, motivasi, dan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi. Selain itu, Sahsiah merujuk kepada akhlak yang bermaksud budi pekerti, tingkah laku atau tabiat seseorang, ( Imam Al-Ghazali dlm Syed Ahmad, 2007).

            Pendapat Larsen dan Buss (2005), Sahsiah adalah ‘ the set of psyhological traits and mechhanisms within the individual that are organized and relatively enduring and that influnce his or her interactions with, and adaptations to, the intrapsyhic, physical, and social enviroments’ . Pendapat Maye (2007) , personaliti adalah sesuatu yang tersusun, boleh berkembang, dan merupakan sistem dalam diri yang mewakili tingkah laku seseorang. Allport, dlm Cloninger (2008) berpendapat bahawa sahsiah adalah organisasi dinamik diri sistem psikofizikal  dalam diri individu yang memerlukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Kamus Dewan (2011) menterjemahkan sahsiah sebagai keperibadian atau peribadi yang merujuk kepada sifat-sifat seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak diri.


ISU-ISU SAHSIAH GURU

            Pada era ini, pelbagai isu-isu yang berkaitan dengan sahsiah seorang yang bergelar guru. Seorang guru adalah role model kepada pelajar dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berketrampilan, sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ini sudah terbukti bahawa telah ramai guru yang menyempurnakan amanat kerana telah berjaya mendidik pelajarnya menjadi pemimpin yang disegani. Malah, warganegara dapat menabur bakti dan memberi sumbangan secara intelektual mahupun secara fizikal atau wang ringgit demi pembangunan negara.
            
           Namun, terdapat segelintir guru mencerminkan sahsiah yang tidak baik yang meninggalkan impak yang negatif terhadap profesion perguruan melalui tindakan dan pemikiran yang tidak selaras dengan harapan masyarakat dan negara. Sahsiah guru yang keterlaluan ini bukan sahaja menyebabkan maruah diri tercemar malah menyebabkan nama baik negara tercemar disebabkan tindakan seorang guru sahaja, umpama ‘ kerana setitik nila, rosak susu sebelanga’. Walaupun hanya seorang guru yang terpesong sahsiahnya namun guru-guru lain juga turut malu akibat daripada kesan perbuatan tersebut. Hal ini sudah terbukti di muka-muka akhbar tentang perkara negatif di mana seorang guru tidak profesional dalam menjalankan amanah dan menjaga nama baik profesion perguruan.
            
          Sebagai contoh, sumber daripada Arshad Khan (2001), yang memetik kata-kata Datuk Mahadzir Mohd. Khir telah memberitahu bahawa dari tahun 1995 hingga 2001 terdapat 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru yang dilaporkan. Kes-kes tersebut termasuklah 12 kes khalawat, 11 kes  cabul, 6 kes hubungan sulit dengan isteri orang atau pelajar, 4 kes liwat atau perbuatan sumbang, 3 kes berpoligami tanpa kebenaran, 2 kes persetubuhan haram, 1 kes bersekedudukan, 1 kes membawa pelajar perempuan tidur di luar asrama dan 1 kes membogel serta merotan pelajar perempuan.
           
        Walaupun hanya 41 kes daripada tahun 1995 hingga 2001 yang meliputi pelbagai kes, namun ini hanyalah jumlah kes yang telah di kesan dan diketahui. Tetapi, bagaimana pula dengan kes permasalahan sahsiah guru yang tidak diketahui dan tidak dikenakan undang-undang?, sudah tentu kes tersebut melebihi daripada 41 kes yang tersenarai. Bagaimana pula, analisis masalah sahsiah guru pada tahun 2002 hingga kini dan sudah tentu jumlah tersebut akan meningkat dari masa ke semasa. Media massa yang turut melaporkan kes-kes ini menarik perhatian umum yang mencabar kredibiliti profesion perguruan pada masa kini. Sebagai contoh, hukuman yang dikenakan oleh guru kepada pelajarnya, kes-kes yang disembunyikan oleh guru besar atau pengetua dan penyebaran anti kerajaan oleh segelintir guru. Selain itu, guru yang tidak berpakaian kemas, tidak menghormati masa dan guru yang membuat pelbagai bentuk jualan untuk kepentingan ekonomi mereka sendiri dengan menggunakan masa bekerja sebagai masa berniaga menjadikan guru tersebut tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya.



            Gambar di atas adalah salah satu kesalahan yang meruntuhkan sahsiah diri sendiri. Perbuatan sumbang yang tidak bermoral seorang guru wanita dan guru besarnya telah membuka mata masyarakat di mana sebenarnya profesion seorang guru yang terdidik dengan pendidikan tinggi dan perkara-perkara ini berlaku disebabkan sahsiah diri yang tidak kukuh iaitu iman serta superego yang rendah. Secara tidak langsung masyarakat memandang rendah terhadap profesion perguruan yang selama ini masyarakat menganggap guru adalah sebagai role model yang terbaik untuk membangunkan seorang insan ke arah kejayaan. Namun, seperti yang diperlihatkan dalam gambar, ciri-ciri sahsiah unggul seorang guru mulai kabur dalam pandangan masyarakat.


  

            
            Gambar di atas mengenai seorang murid yang berusia 7 tahun telah dipukul oleh seorang guru sehingga meninggal dunia. Murid yang bernama Saiful Syazani Saiful Sopfidee dikatakan telah mencuri dan diketahui oleh gurunya, implikasi daripada perkara tersebut guru mengambil tindakan memukul dan membelasah murid tersebut sehingga menyebabkan kematian. Sebagai seorang guru, sikap profesional perlu ada dan tidak seharusnya membuat tindakan  yang terburu-buru dengan menggunakan kekerasan sebagai hukuman. Guru seharusnya berfikir dengan lebih baik untuk mengatasi masalah tersebut dengan mengenal pasti masalah dan memberi nasihat agar murid tersebut tidak mengulangi perkara tersebut.

Tindakan guru tersebut terbukti tiada pertimbangan dan belas kasihan terhadap murid 7 tahun dan permasalahannya murid tersebut masih dibawah umur serta hukuman yang dikenakan terhadapnyanya tidak wajar. Dalam nilai murni Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terdapat tujuh nilai dan salah satunya ialah penyayang serta bijaksana. Sepatutnya guru memahami setiap nilai-nilai yang diutarakan oleh KPM dan sekiranya guru tersebut mempunyai perasaaan dan perlakuan yang memahami, menghargai dan mengambil berat (penyayang) serta mengunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa dan keadaan (bijaksana). Hal-hal seperti ini tidak akan berlaku seperti apa yang ada dalam gambar.

Imam Al-Ghazali telah menerangkan tentang unsur-unsur kerohanian iaitu roh, nafsu, akal dan hati serta gambar di atas adalah tergolong dalam keadaan nafsu. Definisi nafsu atau Al-Nafs ialah sesuatu yang abstrak yang merangkumi daya marah dan nafsu syahwat pada manusia yang ada sifat tercela dan kecenderungan melakukan kejahatan. Selain itu, Al-Nafs yang bersifat halus (latifah) iaitu hakiki pada manusia atau diri manusia dan zatnya serta menemui ketenangan apabila dapat mengalahkan syahwat. Al-Nafs terbahagi kepada empat peringkat iaitu Al-Ammarah, Al-Mulhhamah, Al-Lawwamah, dan Al-Muthmainnah. Seperti gambar di atas, guru tersebut tergolong dalam Nafs Al-Ammarah iaitu tiada unsur kebaikan dan cenderung melakukan kejahatan serta tidak menggunakan akal. Contohnya, penzalim, penjenayah, pemabuk, penzina, penjudi, dan sebagainya kerana ia sentiasa tunduk dan patuh menurut kehendah nafsu syahwat dan hasutan syaitan. Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Yusuf ayat 53 : “ Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mendorong melakukan kejahatan”
            
         Kesimpulannya, tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru yang mendatangkan kebaikkan kepada diri guru itu sendiri, pelajar, sekolah dan masyarakat merupakan tindakan yang wajar dan sejajar dengan profesion perguruan. Guru yang diamanahkan untuk menjadi contoh kepada pelajar dan masyarakat diharapakan dapat menampilkan keperibadian yang mulia. Namun begitu, setiap manusia tidak dapat lari daripada membuat kesilapan termasuk guru. Kesilapan tindakan yang diambil oleh segelintir guru ini diharapkan tidak menjejaskan profesion perguruan. Sebaliknya, tindakan proaktif bagi membendung perkara sedemikian berulang adalah sesuatu yang perlu diambil tindakan dengan segera.




Konsep guru penyayang amat sesuai diterapkan dalam diri seorang guru agar menampakkan sahsiah seorang guru itu adalah  tinggi. Konsep guru penyayang ini mampu meningkatkan prestasi seorang murid dan tahap pengajaran serta pembelajaran dalam kelas lebih berkesan kerana adanya hubungan yang baik antara guru dan murid.






               
Guru yang mempunyai sahsiah yang profesional dan amanah sentiasa meluangkan masa bersama murid dalam proses pendidikan. Guru adalah ispirasi seorang murid di sekolah dan guru seharusnya memberikan perhatian dan tunjuk ajar sekiranya proses pembelajaran di kelas kurang difahami oleh murid. Penggunaan teori-teori lain yang berkesan untuk proses pembelajaran sangat penting untuk mengetahui cara belajar murid bagaimana yang mudah untuk mereka faham. Guru tidak boleh menggunakan proses pembelajaran yang sukar untuk difahami oleh pelajar malah sebaik-baiknya menggunakan kaedah-kaedah yang lain.



            Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sangat penting bagi murid-murid untuk memahami apa yang disampaikan oleh guru. Sebagai contoh, dalam kajian Juliana Othman (2008), didapati guru-guru mengambil berat tentang penerimaan murid, disiplin, dan penguasaaan kandungan pembelajaran. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar boleh menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini, hubungan yang terbentuk akan membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang maksimum. Kajian ini terbukti berkesan seperti dalam kajian Rohani Arbaa dan Nordin Abdul Razak (2010), mendapati hubungan guru dengan pelajar dikenal pasti sebagai ciri kualiti guru yang menjadi peramal terbaik bagi meningkatkan komitmen pelajar.
           
Kesimpulannya, seorang guru yang cekap merupakan guru yang kaya dengan ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar dan dapat menyampaikan ilmu tersebut dengan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Dengan kecekapan guru sedemikian, mereka mampu mengawal kelas dalam apa juga keadaan kerana guru-guru yang mempunyai kecekapan ini dikatakan sebagai guru yang bersahsiah tinggi dan mampu menyempurnakan didiknya secara holistik kepada para pelajarnya.


ETIKA PERGURUAN

            Etika merupakan satu bidang ilmu yang berkaitan dengan perbuatan baik dan perbuatan buruk manusia. Etika dari sudut perbuatan baik ialah perkara yang diamalkan oleh seseorang individu yang boleh mendatangkan rahmat dan memberikan perasaan senang atau bahagia serta menghasilkan sesuatu yang positif. Sementara itu, perbuatan buruk manusia ialah perkara-perkara yang tidak baik, tercela, dan perbuatan yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat.
            
                Menurut Kamus Webster, etika merupakan suatu ilmu yang mempelajari tentang perkara baik dan buruk secara moral serta ilmu tentang kesusilaan yang menentukan cara hidup manusia dalam masyarakat yang berkaitan prinsip-prinsip tingkah laku yang benar berkaitan dengan baik, buruk, kewajipan dan tanggungjawab. Selain itu, etika (etimologi) berasal dari bahasa Yunani iaitu Ethos yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Ini berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu Mos dan dalam bentuk jamaknya Mores yang juga bermasksud adat kebiasaaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari perkara-perkara dari tindakan yang buruk (Keith, 2006).
            
           Etika juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. menurut para sarjana, etika ialah perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara sesamanya dan menegaskan hal yang benar dan hal yang buruk. Menurut William (1971), etika ialah “ sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat iaitu sains yang menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk dan lain-lain”.
            
           Menurut Keith (2006), moral ialah “that the part of human behavior that can be evaluated in terms or right or wrong”. Manakalah menurut The Oxford School Dictionary (1994), “Science of Morals. Morals itself is defined as caoncerned with goodness or badness of character or disposition or with the distinction between right or wrong. Etika dan moral adalah saling berkaitan dan lebih kurang pengertiannya tetapi dalam kegiatan sehari-hari berbeza iaitu moral untuk penilaian perbuatan malah etika pengkaji sistem nilai-nilai yang berlaku. Menurut Hasan Langgulung (2000), etika merupakan peraturan-peraturan yang disepakati bersama oleh ahli-ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman, perguruan dan pengubatan dari aspek kerjaya.


Etika Perguruan

            Guru mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen dalam menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik dan berkesan. Namun, dalam profesional seorang guru itu terdapat juga tingkah laku yang dilakukan melampaui batas sama ada dari segi agama dan profesion perguruan. Sepanjang tahun 1995 hingga 2008, terdapat 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan oleh Utusan Malaysia (18 September 2008). Pendedahan-pendedahan salah laku guru menyebabkan profesion perguruan tergugat kerana guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawab guru kepada para pelajar. ibu bapa pelajar, rakan sejawat, masyarakat, dan negara. Guru seharusnya membantu pelajar yang menghadapi masalah bukannya mengambil kesempatan terhadap pelajar.
            
         Etika profesion perguruan sangat penting untuk menjadi panduan kepada guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik dan sebaik-baiknya mengetahui kod etika profesion perguruan dengan lebih jelas mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan ini dipandang tinggi dan mulia.


Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

            Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengemukakan prinsip-prinsip etika kerja bagi kakitangan dalam kementerian tersebut. Prinsip etika kerja KPM ada enam prinsip iaitu ;

·         Berdisiplin dan Beradap
·         Penggerak ke Arah Kebaikan
·         Niat yang Betul
·         Perlakuan yang Baik
·         Menghargai dan Bertanggungjawab Hasil Usaha Organisasi
·         Mengotakan Apa yang Dikatakan


Nilai-nilai mulia etika kerja KPM terdapat enam perkara yang menjadi tumpuan iaitu ;
·         Amanah
·         Benar
·         Bijaksana
·         Bersyukur
·         Dedikasi
·         Ikhlas


Etika Profesion Perguruan

            Etika profesion perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat, negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa. Kod etika harus dipatuhi oleh setiap individu yang menjalankan pekerjaan tidak kira bangsa dan agama. Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971) telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) sebagai membentuk tatasusila guru.

Terdapat 21 etika profesion perguruan yang perlu ditaati iaitu;

·         Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
·         Dia tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankan dengan jujur.
·         Tangungjawab utama seseorang guru adalah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan, atau persendirian.
·         Dia haruslah menumpuhkan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
·         Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran kepada semua murid tidak kira bangsa, agama, dan kepercayaan.
·         Dia haruslah bertugas sebagai “pengganti ibu bapa” dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
·         Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik,tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
·         Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dalam kalangan murid-murid dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta, dan rohani.
·         Dia harus menghormati hak setiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
·         Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
·         Dia tidak harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.
·         Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
·         Dia tidak harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-murid dan ibu bapa pelajar.
·         Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-muridnya.
·         Dia tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-murid untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
·         Dia tidak harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
·         Dia tidak harus memaksakan dalam kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya.
·         Dia tidak harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-muridnya atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
·         Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
·         Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
·         Dia tidak harus mengiklankan dirinya dengan cara memperbesarkan-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
           



Tanggungjawab Seorang Guru

            Terdapat empat tanggungjawab seorang guru yang harus di patuhi dan diamalkan oleh individu yang bergelar guru. Antaranya ialah tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap rakan sejawat, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, dan tanggungjawab terhadap ibu bapa.
            
         Tanggungjawab seorang guru terhadap anak muridnya iaitu dengan mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar ketika pelajar menghadapai masalah. Sebagai guru kita seharusnya mengambil berat tentang permasalahan pelajar tidak kira apa juga keadaan, agama, dan bangsa kerana itulah tanggungjawab seorang guru terhadap anak muridnya. Selain itu, adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira perbezaan tahap ekonomi, jasmani,mental, emosi, politik, sosial, keturunan, dan agama. Hal ini disebabkan, sikap pilih kasih seorang guru terhadap pelajarnya akan menyebabkan peratusan tahap pembelajaran murid tersebut akan terjejas dan menurun. Guru juga seharusnya membawa perwatakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar. Guru yang tinggi profesion sahsiahnya mempengaruhi personaliti muridnya juga kerana dari segi watak dan perwatakan sahaja murid sudah dapat kenal pasti ciri-ciri guru tersebut.
           
           Tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat iaitu tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru. Sebagai manusia kita dikhendaki berbuat baik dan saling tolong-menolong sesama manusia seperti mana yang diajar dalam apa juga agama. Begitu juga dengan senario guru dalam sekolah seharusnya mengamalkan sikap toleransi dan menghormati guru-guru yang lain. Setiap manusia ada masanya akan menghadapi pelbagai masalah dan sifat sabar serta redha dengan ketentuan maka masalah tersebut mampu dihadapainya. Namun, perkara-perkara tersebut tidak semua dengan bantuan diri sendiri tetapi masalah tersebut dapat diselesaikan kerana adanya bantuan dari rakan-rakan, keluarga dan sebagainya. Oleh itu, Sikap membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion perguruan.
            
          Tanggungjawab guru kepada masyarakat dan negara iaitu tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun ajaran yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Perkara ini sering berlaku dalam kalangan guru zaman sekarang kerana sesetengah guru banyak terlibat dengan perkara-perkara yang membatalkan akidah iaitu memberi tunjuk ajar yang berlawanan dengan agama. Perkara yang khurafat dianggap perkara biasa malah perkara-perkara syirik juga turut diamalkan sehingga mempengaruhi murid-murid. Selain itu, memupuk sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. Guru sering menjadi tumpuan masyarakat walau di mana juga kerana profesion perguruan itu dipandang tinggi tetapi jika sahsiah guru itu dicemari dengan tingkah laku negatif, secara tidak langsung kepercayaan masyarakat terhadap profesion perguruan ini tiada nilai-nilai murni seperti mana yang diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, walau di mana juga individu yang bergelar guru haruslah mengutamakan sahsiah murni yang mencerminkan keperibadian guru tersebut.
            
            Tanggungjawab guru terhadap ibu bapa, guru juga adalah seorang ibu dan bapa kepada anak-anak mereka. Sudah pasti guru-guru yang suda berumah tangga memahami kehendak mereka untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak mereka. Guru perlu mewujudkan hubugan yang mesra dan kerjasama yang erat serta merahsiakan segala maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. Ini adalah konsep yang di anjurkan oleh agama islam iaitu dengan menyimpan sesuatu keburukan yang telah dilakukan oleh seseorang untuk menutup maruah dirinya mahupun manjatuhkan aibnya kerana tidak semua perkara kita harus dikongsikan kepada orang lain.

Oleh itu, perkara-perkara sedemikian perlu dilakukan oleh guru sebagai tanda guru yang prihatin terhadap pemasalahan seseorang. Selain itu, menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan ibu bapa terhadap guru. Guru yang melampau dalam batas pergaulannya boleh menyebabkan perasaan kedua-dua ibu bapa tersinggung dengan kata-kata kesat yang dikeluarkan dari mulut guru tersebut. Keadaan ini cenderung berlaku apabila tahap kesabaran seorang guru ditahap yang maksimum dan tidak terkawal sehingga kata-kata kesat yang diungkapkan olehnya tidak disedari telah menyakiti hati seseorang.

Aspek-aspek Yang Terkandung Dalam Etika Perguruan

            Pembentukan Etika Perguruan Malaysia terbahagi dalam beberapa bahagian iaitu Profesionalisme, integriti, kejujuran intelektual, Neutraliti, Akauntabiliti, Berpakaian, Berbahasa, Pengurusan masa dan ketepatan waktu, dan Membuat keputusan.
            
        Kepentingan etika dalam profesion perguruan mengikut rentetan yang sempurna seperti Etika Perguruan, Etika Kerja KPM, Nilai-nilai Utama Kerja KPM, Etika Profesion Perguruan, Peranan Seorang Guru, Aspek Dalam Etika Perguruan.
           
            Pekeliling mengenai etika dalam profesion perguruan merupakan salah satu perkara yang penting untuk meningkatkan profesion perguruan agar mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia pada pandangan pelajar dan masyarakat. Antara pekeliling tersebut ialah Etika Berpakaian, Etika pengurusan masa, Tanggungjawab Asas Guru, Jadual Waktu, Sukatan Pelajaran, dan Tatakelakuan atau Larangan. Semua perkara-perkara ini sangat penting kerana untuk menjadi guru yang cermelang dari segi sahsiahnya maka perkara-perkara inilah yang perlu ditekankan sebagai seorang yang bergelar guru.

Strategi Pembentukan Sahsiah Guru Cermerlang

            Guru yang mempunyai sahsiah cermelang sangat diharapkan oleh masyarakat bagi mendidik anak bangsa negara ini pada masa hadapan. Hal ini, masyarakat menyedari bahawa hasil didikan guru bersahsiah unggul kelak bakal melahirkan murid-murid yang dapat memimpin dirinya, ahli keluarga dan masyarakat pada masa hadapan ke arah kebaikan dan kesejahteraan kehidupan. Bagi membina sahsiah guru cemerlang terdapat tiga aspek penting yang perlu ada dalam diri guru iaitu perkembangan, pencegahan, dan pemulihan.

Perkembangan

         Aspek perkembangan diri bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan guru untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kerjaya mereka. Oleh itu, guru perlu memperbaiki diri dengan ilmu pengetahuan dengan menanamkan minat yang mendalam terhadap bidang pengajian yang diambilnya. Minat yang mendalam terhadap disiplin ilmunya akan menyunting semangat mereka untuk bersungguh-sungguh di dalam pengajiannya. Guru juga perlu membuang sikap negatif seperti beranggapan bahawa menuntut ilmu itu membosankan dan membebankan kehidupannya. Malah, kecermelangan yang dikecapi itu bukan sahaja dengan usaha tetapi disusuli dengan pengharapan doa kepada Allah untuk mencapai kecemelangan tersebut.
            
           Selain itu, Latihan dalam perkhidmatan itu ialah proses membaiki diri bagi pembinaan sahsiah cemerlang. Guru perlu sedar bahawa menuntut ilmu itu tiada penghujungnya. Kaedah mengajar menggunakan papan hitam dan kapur atau membaca daripada buku teks sahaja tidak mencukupi kerana penggunan teknologi maklumat sangat penting masa kini sebagai pendedahan dan bantuan kepada guru. Pelbagai program latihan dalam perkhidmatan perlu sentiasa diingatkan  dan  diberikan latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan diri. Antaranya, bengkel komunikasi berkesan, bengkel penggunaan kaedah pengajaran terkini dan bengkel menagakses maklumat melalui internet.

Pencegahan
           
            Aspek pencegahan bertujuan untuk menghalang atau mencegah daripada berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas diri seseorang. Perkara ini bertepatan dengan konsep “ mencegah itu lebih baik daripada mengubat”. Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru ialah stress di tempat kerja. Pengurusan stres boleh dikesan daripada aspek fisiologi dan psikologi yang juga merentasi jenis pekerjaan, kedudukan, dan pangkat.
           
          Ellis dan rakan-rakan (1997), dari aspek fisiologi seperti sakit perut memulas-mulas, migrain, dan sakit kepala malah aspek psikologi iaitu tekanan perasaan, kemurungan, panas baran, perasaan cemburu, benci dan buruk sangka. Ini ditambah lagi dengan perasaan takut, tidak upaya untuk bertindak dan panik yang menambahkan lagi stres individu tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia menyenaraikan stres ialah jantung berdengup kencang dan sukar bernafas, cepat marah, tiada selera makan, hilang minat terhadap kerja harian, menengking-nengking, dan berasa ingin membaling sesuatu.
           
             Ali Mu’nis (1995) mengaitkan penyakit jiwa seperti stres dengan penyakit pada alat pencernaan dan hati seperti pahit pada mulut, bau mulut yang busuk, kerongkong yang kering, sakit pada kerongkong, sukar untuk menelan, sakit pada otot-otot perut dan muntah. Penyakit ini berkaitan dengan dengki, riak, takbur, sombong, dan kufur nikmat yang membawa kemudaratan diri dan menerima azab yang pedih di akhirat kelak.
            Stres boleh dilihat daripada perspektif teori Rational Emotive Behavior Therapy yang mencadangkan untuk menghilangkan stres. Antaranya, meningkatkan konsep kendiri yang baik, merancang tugasan dibuat secara kumpulan dalam mengikut kepakaran masing-masing, keputusan yang dibuat di atas  sesuatu tindakan dilakukan secara bermesyuarat dan tanggungjawab perlu dipikul bersama dalam semua kalangan pentadbir. Selain itu, bersukan, beriadah bersama keluarga, mengambil permakanan yang seimbang dan memeriksa status kesihatan.
           
        Stres boleh ditangani oleh pendekatan biologikal. Kementerian Kesihatan Malaysia (2002) menetapkan tema “tangani Stres. Sihat Sepanjang Hayat” seperti menarik nafas panjang dan mengucap, kenal pasti kenapa kita marah, cuba mendengar penjelasan orang lain, tidak menghukum atau menyakiti hati, berbincang, dan memaafkan atau menerima kenyataan bahawa manusia ini tidak lari daripada membuat kesilapan. Unit Pendidikan Kesihatan Negeri Perak (2005) mencadangkan beberapa cara mengurangkan untuk marah iaitu berfikir secara positif, jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan, berlajar menyukai diri sendiri, belajar bertenang, adakan hobi, luangkan masa bersama keluarga, kerja dan beriadah, dapatkan teman untuk meluah masalah, bersifat tegas dan tetapkan matlamat realistik.

Pemulihan

            Aspek pemulihan bertujuan untuk memulih seseorang guru daripada berterusan menghadapi permasalahan dalam kehidupannya. Perkara-perkara yang berkaitan dengan psikososial seperti tekanan dalam kehidupan, penyalahgunaan dadah, dan permasalahan dalam keluarga perlu diatasi dengan perkhidmatan kaunseling dan pusat rawatan psikososial.


            Perkhidmatan kaunseling perlu diambil oleh guru yang mengalami ganguan emosi seperti guru yang mengalami pelbagai masalah mempunyai tempat untuk meluahkan apa yang dirasai, dialami dan difikirkan. Selain itu, muhasabah diri  terhadap diri sendiri agar merenung kembali apa yang telah dilakukan dan bertaubat untuk meninggalkan perkara yang tidak baik itu. Guru juga perlu membuat rujukan iaitu dengan merujuk mereka kepada pihak yang berkaitan agar pertolongan dapat disalurkan dengan kadar segera untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Selain itu, tindakan tatatertib perlu diselaraskan sebagai satu bentuk hukuman dan peringatan kepada guru lain tentang perlakuan yang dikategorikan sebagai beretika dan tidak beretika. Sekiranya perlu, krusus dan bengkel dianjurkan dan kajian-kajian untuk melihat implikasi krusus menangani isu sahsiah guru di Malaysia. Ini bertujuan untuk membantu guru agar sentiasa diterapkan dan diberi peringatan agar sahsiah guru yang positif dapat ditingkatkan.




NAMA : SHAHRUL MUNIR BIN RUBANI
NO. MATRIKS : D20131064099

NAMA : KHAIRUL  ASRAF  BIN  MOHD  NOR 
NO. MATRIKS :
D20131064095

KUMPULAN : C
PENSYARAH : En. Che Anuar bin Che Abdullah