PENGENALAN
Dalam
tugasan dua pembangunan sahsiah, tugasan yang perlu dibuat ialah menghasilkan
satu Kit Pembangunan Sahsiah atau
spesifiknya dikenali sebagai A Personality Development Kit for Excellent
Teacher bagi meningkatkan kesedaran khususnya kepada bakal guru dan
guru-guru tentang kepentingan memupuk ciri-ciri peribadi yang murni dalam usaha
menghasilkan pelajar yang holistic dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektual. Kit ini berasaskan kepada
situasi (perkara negative atau positif) yang dialami oleh ahli kumpulan sendiri
berkaitan dengan sahsiah guru di sekolah masing-masing.
Tujuan
penghasilan produk adalah untuk;
·
Mengaplikasi
kefahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari dalam kuliah
·
Meningkatkan
pembacaan pelajar tentang isu berkaitan pembangunan sahsiah guru
·
Memupuk
kreativiti pelajar dalam mereka cipta sesuatu produk
·
Memberi
maklumat/ panduan/ kesedaran kepentingan memiliki cirri peribadi murni dan
cemerlang dalam kalangan guru
Bukan sahaja
tujuan di atas, akan tetapi melalui kursus pembangunan sahsiah ini juga turut
memberi peluang kepada guru untuk
membina perwatakan dirinya sebagai seorang guru yang lebih berkeupayaan
terutama dalam menjalankan amanah sebagai pendidik di sekolah kelak. Ini juga
sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru untuk memahami
pemahaman konsep, teori, aplikasi nilai, etika yang berkesan untuk memupuk
ciri-ciri peribadi yang murni. Malah, guru adalah contoh kepada pelajar untuk
menghasilkan pelajar yang holistic dari segi jasmani, emosi, rohani, dan
intelektual. Guru perlu memberikan contoh yang terbaik atau sahsiah murni khususnya
pada pandangan masyarakat dan pelajar.
PEMAHAMAN
KONSEP
Isu sahsiah guru dapat dilihat
daripada pengertian yang diberikan terhadap dua perkataan utama iaitu ‘isu’ dan
‘sahsiah’. Sahsiah bermaksud keperibadian atau peribadi yang dimiliki oleh
seseorang, menurut Kamus Dewan 2011. Selain itu, sahsiah merupakan kata nama
daripada perkataan Bahasa Arab yang sinonim dengan sifat-sifat yang ada dalam
diri manusia iaitu peribadi, keperibadian, perwatakan, personaliti,pembawaan,
dan keoknuman. Aspek peribadi seorang guru yang menjurus kepada perwatakannya,
personaliti, cara guru bertingkah laku dan bertindak yang boleh mencerminkan
tentang dirinya secara umum. Isu pula merupakan kata nama yang berasal daripada
Bahasa Arab yang sinonim dengan persoalan, masalah, perkara, hal, pokok,
perbincangan, tajuk perbualan dan topik.
Perbincangan sahsiah guru yang positif merujuk kepada
perkara yang dilakukan oleh guru yang dapat dibanggakan dan meningkatkan
profesion perguruan yang sememangnya merupakan sesuatu yang dihasratkan oleh
masyarakat dan negara. Guru yang mempunyai sifat berdedikasi dalam menjalankan
kewajipannya melengkapkan pelajarnya dengan pelbagai ilmu pengetahuan,
kemahiran, dan persediaan daripada dari segi psikologi adalah guru yang
sentiasa menampilkan sahsiah diri yang positif. Implikasi yang positif berlaku
kepada murid, guru, sekolah dan negara dengan penampilan sahsiah guru yang
positif terhadap murid.
Isu sahsiah guru yang negatif adalah
segala isu yang berkaitan dengan perkara atau persoalan yang tidak dijangka,
yang mengaibkan dan memalukan bidang pendidikan di mata masyarakat. Implikasi
daripada sahsiah yang ditunjukkan dalam konteks negatif adalah memudaratkan
pelajar secara fizikal mahupun psikologi dan boleh menyebabkan hilangnya
kepercayaan murid, ibu bapa mahupun masyarakat terhadap profesion perguruan.
Ini boleh dilihat di mana seorang guru terlibat dengan perbuatan yang tidak
bermoral ataupun melakukan perkara yang melanggar peraturan tugasan harian
seperti tidak datang tanpa sebab. Sahsiah seorang guru seperti ini adalah sifat
negatif yang tidak sepatutnya dijadikan teladan kepada bakal-bakal guru yang
lain kerana sifat-sifat tidak amanah dan jujur dalam pekerjaan inilah yang akan
membentuk anak murid di sekolah kerana guru seharusnya memberikan komitmen dan
menjadi contoh kepada murid-murid.
Pemahaman konsep sahsiah daripada
pelbagai pendapat yang di utarakan oleh ahli-ahli psikologi. Menurut Imam
Al-Ghazali (1999), sahsiah merangkumi empat asas pokok akhlak iaitu
kebijaksanaan, keberanian, kebersihan jiwa, dan keadilan. Pendapat Ryckman
(2000), sahsiah ialah ciri-ciri yang dinamik dan tersusun dimiliki oleh
seseorang yang mempengaruhi kognitif, motivasi, dan tingkah lakunya dalam
pelbagai situasi. Selain itu, Sahsiah merujuk kepada akhlak yang bermaksud budi
pekerti, tingkah laku atau tabiat seseorang, ( Imam Al-Ghazali dlm Syed Ahmad,
2007).
Pendapat Larsen dan Buss (2005),
Sahsiah adalah ‘ the set of psyhological traits and mechhanisms within the
individual that are organized and relatively enduring and that influnce his or
her interactions with, and adaptations to, the intrapsyhic, physical, and
social enviroments’ . Pendapat Maye (2007) , personaliti adalah sesuatu yang
tersusun, boleh berkembang, dan merupakan sistem dalam diri yang mewakili
tingkah laku seseorang. Allport, dlm Cloninger (2008) berpendapat bahawa
sahsiah adalah organisasi dinamik diri sistem psikofizikal dalam diri individu yang memerlukan tingkah
laku dan fikirannya yang khusus. Kamus Dewan (2011) menterjemahkan sahsiah
sebagai keperibadian atau peribadi yang merujuk kepada sifat-sifat seseorang
yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak diri.
ISU-ISU SAHSIAH
GURU
Pada era ini, pelbagai isu-isu yang
berkaitan dengan sahsiah seorang yang bergelar guru. Seorang guru adalah role
model kepada pelajar dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang
berketrampilan, sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ini sudah
terbukti bahawa telah ramai guru yang menyempurnakan amanat kerana telah
berjaya mendidik pelajarnya menjadi pemimpin yang disegani. Malah, warganegara
dapat menabur bakti dan memberi sumbangan secara intelektual mahupun secara
fizikal atau wang ringgit demi pembangunan negara.
Namun, terdapat segelintir guru mencerminkan
sahsiah yang tidak baik yang meninggalkan impak yang negatif terhadap profesion
perguruan melalui tindakan dan pemikiran yang tidak selaras dengan harapan
masyarakat dan negara. Sahsiah guru yang keterlaluan ini bukan sahaja
menyebabkan maruah diri tercemar malah menyebabkan nama baik negara tercemar
disebabkan tindakan seorang guru sahaja, umpama ‘ kerana setitik nila, rosak
susu sebelanga’. Walaupun hanya seorang guru yang terpesong sahsiahnya namun
guru-guru lain juga turut malu akibat daripada kesan perbuatan tersebut. Hal
ini sudah terbukti di muka-muka akhbar tentang perkara negatif di mana seorang
guru tidak profesional dalam menjalankan amanah dan menjaga nama baik profesion
perguruan.
Sebagai contoh, sumber daripada
Arshad Khan (2001), yang memetik kata-kata Datuk Mahadzir Mohd. Khir telah
memberitahu bahawa dari tahun 1995 hingga 2001 terdapat 41 kes keruntuhan moral
membabitkan guru yang dilaporkan. Kes-kes tersebut termasuklah 12 kes khalawat,
11 kes cabul, 6 kes hubungan sulit
dengan isteri orang atau pelajar, 4 kes liwat atau perbuatan sumbang, 3 kes
berpoligami tanpa kebenaran, 2 kes persetubuhan haram, 1 kes bersekedudukan, 1
kes membawa pelajar perempuan tidur di luar asrama dan 1 kes membogel serta
merotan pelajar perempuan.
Walaupun hanya 41 kes daripada tahun
1995 hingga 2001 yang meliputi pelbagai kes, namun ini hanyalah jumlah kes yang
telah di kesan dan diketahui. Tetapi, bagaimana pula dengan kes permasalahan
sahsiah guru yang tidak diketahui dan tidak dikenakan undang-undang?, sudah
tentu kes tersebut melebihi daripada 41 kes yang tersenarai. Bagaimana pula,
analisis masalah sahsiah guru pada tahun 2002 hingga kini dan sudah tentu
jumlah tersebut akan meningkat dari masa ke semasa. Media massa yang turut
melaporkan kes-kes ini menarik perhatian umum yang mencabar kredibiliti
profesion perguruan pada masa kini. Sebagai contoh, hukuman yang dikenakan oleh
guru kepada pelajarnya, kes-kes yang disembunyikan oleh guru besar atau
pengetua dan penyebaran anti kerajaan oleh segelintir guru. Selain itu, guru
yang tidak berpakaian kemas, tidak menghormati masa dan guru yang membuat
pelbagai bentuk jualan untuk kepentingan ekonomi mereka sendiri dengan
menggunakan masa bekerja sebagai masa berniaga menjadikan guru tersebut tidak
amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Isu Tingkah Laku Guru
Isu Tingkah Laku Guru
Gambar di
atas adalah salah satu kesalahan yang meruntuhkan sahsiah diri sendiri.
Perbuatan sumbang yang tidak bermoral seorang guru wanita dan guru besarnya
telah membuka mata masyarakat di mana sebenarnya profesion seorang guru yang
terdidik dengan pendidikan tinggi dan perkara-perkara ini berlaku disebabkan
sahsiah diri yang tidak kukuh iaitu iman serta superego yang rendah. Secara
tidak langsung masyarakat memandang rendah terhadap profesion perguruan yang
selama ini masyarakat menganggap guru adalah sebagai role model yang terbaik
untuk membangunkan seorang insan ke arah kejayaan. Namun, seperti yang
diperlihatkan dalam gambar, ciri-ciri sahsiah unggul seorang guru mulai kabur
dalam pandangan masyarakat.
Gambar di
atas mengenai seorang murid yang berusia 7 tahun telah dipukul oleh seorang
guru sehingga meninggal dunia. Murid yang bernama Saiful Syazani Saiful
Sopfidee dikatakan telah mencuri dan diketahui oleh gurunya, implikasi daripada
perkara tersebut guru mengambil tindakan memukul dan membelasah murid tersebut
sehingga menyebabkan kematian. Sebagai seorang guru, sikap profesional perlu
ada dan tidak seharusnya membuat tindakan
yang terburu-buru dengan menggunakan kekerasan sebagai hukuman. Guru
seharusnya berfikir dengan lebih baik untuk mengatasi masalah tersebut dengan
mengenal pasti masalah dan memberi nasihat agar murid tersebut tidak mengulangi
perkara tersebut.
Tindakan guru tersebut terbukti tiada pertimbangan
dan belas kasihan terhadap murid 7 tahun dan permasalahannya murid tersebut
masih dibawah umur serta hukuman yang dikenakan terhadapnyanya tidak wajar.
Dalam nilai murni Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terdapat tujuh nilai dan
salah satunya ialah penyayang serta bijaksana. Sepatutnya guru memahami setiap
nilai-nilai yang diutarakan oleh KPM dan sekiranya guru tersebut mempunyai
perasaaan dan perlakuan yang memahami, menghargai dan mengambil berat (penyayang)
serta mengunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan
tindakan yang sesuai dengan masa dan keadaan (bijaksana). Hal-hal seperti ini
tidak akan berlaku seperti apa yang ada dalam gambar.
Imam Al-Ghazali telah menerangkan tentang unsur-unsur
kerohanian iaitu roh, nafsu, akal dan hati serta gambar di atas adalah
tergolong dalam keadaan nafsu. Definisi nafsu atau Al-Nafs ialah sesuatu yang
abstrak yang merangkumi daya marah dan nafsu syahwat pada manusia yang ada
sifat tercela dan kecenderungan melakukan kejahatan. Selain itu, Al-Nafs yang
bersifat halus (latifah) iaitu hakiki pada manusia atau diri manusia dan zatnya
serta menemui ketenangan apabila dapat mengalahkan syahwat. Al-Nafs terbahagi
kepada empat peringkat iaitu Al-Ammarah, Al-Mulhhamah, Al-Lawwamah, dan
Al-Muthmainnah. Seperti gambar di atas, guru tersebut tergolong dalam Nafs
Al-Ammarah iaitu tiada unsur kebaikan dan cenderung melakukan kejahatan serta
tidak menggunakan akal. Contohnya, penzalim, penjenayah, pemabuk, penzina,
penjudi, dan sebagainya kerana ia sentiasa tunduk dan patuh menurut kehendah
nafsu syahwat dan hasutan syaitan. Allah S.W.T telah berfirman dalam surah
Yusuf ayat 53 : “ Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mendorong melakukan
kejahatan”
Kesimpulannya,
tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru yang mendatangkan kebaikkan kepada diri
guru itu sendiri, pelajar, sekolah dan masyarakat merupakan tindakan yang wajar
dan sejajar dengan profesion perguruan. Guru yang diamanahkan untuk menjadi
contoh kepada pelajar dan masyarakat diharapakan dapat menampilkan keperibadian
yang mulia. Namun begitu, setiap manusia tidak dapat lari daripada membuat
kesilapan termasuk guru. Kesilapan tindakan yang diambil oleh segelintir guru
ini diharapkan tidak menjejaskan profesion perguruan. Sebaliknya, tindakan
proaktif bagi membendung perkara sedemikian berulang adalah sesuatu yang perlu
diambil tindakan dengan segera.
Isu Tahap Kecekapan Guru
Kecekapan
seseorang diukur dari segi cara seorang individu melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diberi. Kecekapan guru dinilai berdasarkan kaedah yang digunakan untuk mengajar , isi kandungan
yang disampaikan dan pengendalian pelajar dan kelasnya. Sadatul Mahiran Rosli (2004)
melaporkan terdapat segelintir guru yang tidak kreatif dalam pengajaran
sehingga menyebabkan pelajar bosan dan mendorong pelajar untuk ponteng. Namun,
seorang guru yang cekap merupakan guru yang kaya dengan ilmu pengetahuan dalam
mata pelajaran yang diajar dan dapat menyampaikan ilmu dengan kaedah yang
bersesuaian. Ini dikatakan sebagai guru yang bersahsiah tinggi
dan mampu menyempurnakan didikannya secara holistik kepada pelajarnya.
Konsep guru penyayang amat sesuai diterapkan dalam
diri seorang guru agar menampakkan sahsiah seorang guru itu adalah tinggi. Konsep guru penyayang ini mampu
meningkatkan prestasi seorang murid dan tahap pengajaran serta pembelajaran
dalam kelas lebih berkesan kerana adanya hubungan yang baik antara guru dan
murid. Selain itu, program-program yang dijalankan disekolah dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru, ibu bapa dan pelajar
Guru
yang mempunyai sahsiah yang profesional dan amanah sentiasa meluangkan masa
bersama murid dalam proses pendidikan. Guru adalah ispirasi seorang murid di
sekolah dan guru seharusnya memberikan perhatian dan tunjuk ajar sekiranya
proses pembelajaran di kelas kurang difahami oleh murid. Penggunaan teori-teori
lain yang berkesan untuk proses pembelajaran sangat penting untuk mengetahui
cara belajar murid bagaimana yang mudah untuk mereka faham. Guru tidak boleh
menggunakan proses pembelajaran yang sukar untuk difahami oleh pelajar malah
sebaik-baiknya menggunakan kaedah-kaedah yang lain.
Oleh itu,
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sangat penting bagi murid-murid
untuk memahami apa yang disampaikan oleh guru. Sebagai contoh, dalam kajian
Juliana Othman (2008), didapati guru-guru mengambil berat tentang penerimaan
murid, disiplin, dan penguasaaan kandungan pembelajaran. Hubungan yang baik
antara guru dan pelajar boleh menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini, hubungan yang terbentuk akan membolehkan para
pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang maksimum. Kajian ini terbukti
berkesan seperti dalam kajian Rohani Arbaa dan Nordin Abdul Razak (2010),
mendapati hubungan guru dengan pelajar dikenal pasti sebagai ciri kualiti guru
yang menjadi peramal terbaik bagi meningkatkan komitmen pelajar.
Kesimpulannya, seorang guru yang cekap merupakan
guru yang kaya dengan ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar dan
dapat menyampaikan ilmu tersebut dengan kaedah pengajaran yang bersesuaian.
Dengan kecekapan guru sedemikian, mereka mampu mengawal kelas dalam apa juga
keadaan kerana guru-guru yang mempunyai kecekapan ini dikatakan sebagai guru
yang bersahsiah tinggi dan mampu menyempurnakan didiknya secara holistik kepada
para pelajarnya.
ETIKA PERGURUAN
Etika merupakan satu bidang ilmu yang berkaitan
dengan perbuatan baik dan perbuatan buruk manusia. Etika dari sudut perbuatan
baik ialah perkara yang diamalkan oleh seseorang individu yang boleh mendatangkan
rahmat dan memberikan perasaan senang atau bahagia serta menghasilkan sesuatu
yang positif. Sementara itu, perbuatan buruk manusia ialah perkara-perkara yang
tidak baik, tercela, dan perbuatan yang bertentangan dengan norma-norma
masyarakat.
Menurut
Kamus Webster, etika merupakan suatu ilmu yang mempelajari tentang perkara baik
dan buruk secara moral serta ilmu tentang kesusilaan yang menentukan cara hidup
manusia dalam masyarakat yang berkaitan prinsip-prinsip tingkah laku yang benar
berkaitan dengan baik, buruk, kewajipan dan tanggungjawab. Selain itu, etika
(etimologi) berasal dari bahasa Yunani iaitu Ethos yang membawa maksud watak
kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Ini berkait rapat dengan perkataan
moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu Mos dan dalam bentuk
jamaknya Mores yang juga bermasksud adat kebiasaaan atau cara hidup seseorang
dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari
perkara-perkara dari tindakan yang buruk (Keith, 2006).
Etika juga
merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi
sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. menurut para sarjana, etika ialah
perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara sesamanya dan
menegaskan hal yang benar dan hal yang buruk. Menurut William (1971), etika
ialah “ sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat iaitu sains
yang menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk dan
lain-lain”.
Menurut
Keith (2006), moral ialah “that the part of human behavior that can be
evaluated in terms or right or wrong”. Manakalah menurut The Oxford School
Dictionary (1994), “Science of Morals. Morals itself is defined as caoncerned
with goodness or badness of character or disposition or with the distinction
between right or wrong. Etika dan moral adalah saling berkaitan dan lebih
kurang pengertiannya tetapi dalam kegiatan sehari-hari berbeza iaitu moral
untuk penilaian perbuatan malah etika pengkaji sistem nilai-nilai yang berlaku.
Menurut Hasan Langgulung (2000), etika merupakan peraturan-peraturan yang
disepakati bersama oleh ahli-ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti
guaman, perguruan dan pengubatan dari aspek kerjaya.
Etika Perguruan
Guru mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen
dalam menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik dan berkesan. Namun, dalam
profesional seorang guru itu terdapat juga tingkah laku yang dilakukan
melampaui batas sama ada dari segi agama dan profesion perguruan. Sepanjang
tahun 1995 hingga 2008, terdapat 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru
dilaporkan oleh Utusan Malaysia (18 September 2008). Pendedahan-pendedahan
salah laku guru menyebabkan profesion perguruan tergugat kerana guru perlu
mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawab guru kepada para
pelajar. ibu bapa pelajar, rakan sejawat, masyarakat, dan negara. Guru
seharusnya membantu pelajar yang menghadapi masalah bukannya mengambil
kesempatan terhadap pelajar.
Etika
profesion perguruan sangat penting untuk menjadi panduan kepada guru-guru dalam
menjalankan tugas mendidik dan sebaik-baiknya mengetahui kod etika profesion
perguruan dengan lebih jelas mematuhinya demi menjamin martabat profesion
perguruan ini dipandang tinggi dan mulia.
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengemukakan
prinsip-prinsip etika kerja bagi kakitangan dalam kementerian tersebut. Prinsip
etika kerja KPM ada enam prinsip iaitu ;
·
Berdisiplin dan Beradap
·
Penggerak ke Arah Kebaikan
·
Niat yang Betul
·
Perlakuan yang Baik
·
Menghargai dan Bertanggungjawab Hasil Usaha Organisasi
·
Mengotakan Apa yang Dikatakan
Nilai-nilai mulia etika kerja KPM terdapat enam perkara yang
menjadi tumpuan iaitu ;
·
Amanah
·
Benar
·
Bijaksana
·
Bersyukur
·
Dedikasi
·
Ikhlas
Etika Profesion Perguruan
Etika profesion perguruan bermaksud satu set
tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat, negara, pelajar,
rakan sejawat dan ibu bapa. Kod etika harus dipatuhi oleh setiap individu yang
menjalankan pekerjaan tidak kira bangsa dan agama. Laporan Suruhanjaya Diraja
mengenai perkhidmatan perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971) telah
mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) sebagai membentuk
tatasusila guru.
Terdapat 21 etika profesion perguruan yang perlu ditaati
iaitu;
· Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga
boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
·
Dia tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankan dengan
jujur.
·
Tangungjawab utama seseorang guru adalah terhadap
murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan
lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan, atau persendirian.
·
Dia haruslah menumpuhkan perhatian terhadap keperluan setiap
muridnya.
·
Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran kepada semua
murid tidak kira bangsa, agama, dan kepercayaan.
·
Dia haruslah bertugas sebagai “pengganti ibu bapa” dalam
usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat-matlamat yang
diterima oleh masyarakat.
·
Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil
terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik,tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan
status-status lain.
·
Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dalam
kalangan murid-murid dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari
segi jasmani, intelek, daya cipta, dan rohani.
·
Dia harus menghormati hak setiap murid supaya
maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang
atau agensi lain yang tidak berkenaan.
·
Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu
rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
·
Dia tidak harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.
·
Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap
murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat
setia dan berguna.
·
Dia tidak harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid-murid dan ibu bapa pelajar.
·
Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi
contoh yang baik terhadap murid-muridnya.
·
Dia tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-murid
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah
atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
·
Dia tidak harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja
tuisyen atau pengajaran persendirian.
·
Dia tidak harus memaksakan dalam kepercayaan, keagamaan,
politik persendirian terhadap murid-muridnya.
·
Dia tidak harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu
bapa murid-muridnya atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas
profesionnya.
·
Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
·
Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia
haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
·
Dia tidak harus mengiklankan dirinya dengan cara
memperbesarkan-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam
profesion perguruan.
Tanggungjawab Seorang Guru
Terdapat empat tanggungjawab seorang guru yang
harus di patuhi dan diamalkan oleh individu yang bergelar guru. Antaranya ialah
tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap rakan sejawat,
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, dan tanggungjawab terhadap ibu
bapa.
Tanggungjawab
seorang guru terhadap anak muridnya iaitu dengan mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajar ketika pelajar menghadapai masalah. Sebagai guru kita
seharusnya mengambil berat tentang permasalahan pelajar tidak kira apa juga
keadaan, agama, dan bangsa kerana itulah tanggungjawab seorang guru terhadap
anak muridnya. Selain itu, adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira perbezaan
tahap ekonomi, jasmani,mental, emosi, politik, sosial, keturunan, dan agama.
Hal ini disebabkan, sikap pilih kasih seorang guru terhadap pelajarnya akan
menyebabkan peratusan tahap pembelajaran murid tersebut akan terjejas dan
menurun. Guru juga seharusnya membawa perwatakan yang baik dari segi pakaian,
pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar. Guru yang tinggi
profesion sahsiahnya mempengaruhi personaliti muridnya juga kerana dari segi
watak dan perwatakan sahaja murid sudah dapat kenal pasti ciri-ciri guru
tersebut.
Tanggungjawab
guru terhadap rakan sejawat iaitu tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan
yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru. Sebagai manusia kita
dikhendaki berbuat baik dan saling tolong-menolong sesama manusia seperti mana
yang diajar dalam apa juga agama. Begitu juga dengan senario guru dalam sekolah
seharusnya mengamalkan sikap toleransi dan menghormati guru-guru yang lain. Setiap
manusia ada masanya akan menghadapi pelbagai masalah dan sifat sabar serta
redha dengan ketentuan maka masalah tersebut mampu dihadapainya. Namun,
perkara-perkara tersebut tidak semua dengan bantuan diri sendiri tetapi masalah
tersebut dapat diselesaikan kerana adanya bantuan dari rakan-rakan, keluarga
dan sebagainya. Oleh itu, Sikap membantu rakan sejawatan terutamanya mereka
yang baru menyertai profesion perguruan.
Tanggungjawab
guru kepada masyarakat dan negara iaitu tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang
boleh mencemarkan nama baik negara ataupun ajaran yang bertentangan dengan
prinsip-prinsip Rukun Negara. Perkara ini sering berlaku dalam kalangan guru
zaman sekarang kerana sesetengah guru banyak terlibat dengan perkara-perkara
yang membatalkan akidah iaitu memberi tunjuk ajar yang berlawanan dengan agama.
Perkara yang khurafat dianggap perkara biasa malah perkara-perkara syirik juga
turut diamalkan sehingga mempengaruhi murid-murid. Selain itu, memupuk sikap
dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang taat setia, dan menghormati adanya perbezaan
kebudayaan keturunan dan agama. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang
diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. Guru
sering menjadi tumpuan masyarakat walau di mana juga kerana profesion perguruan
itu dipandang tinggi tetapi jika sahsiah guru itu dicemari dengan tingkah laku
negatif, secara tidak langsung kepercayaan masyarakat terhadap profesion
perguruan ini tiada nilai-nilai murni seperti mana yang diterapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, walau di mana juga individu yang
bergelar guru haruslah mengutamakan sahsiah murni yang mencerminkan
keperibadian guru tersebut.
Tanggungjawab
guru terhadap ibu bapa, guru juga adalah seorang ibu dan bapa kepada anak-anak
mereka. Sudah pasti guru-guru yang suda berumah tangga memahami kehendak mereka
untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak mereka. Guru perlu mewujudkan hubugan
yang mesra dan kerjasama yang erat serta merahsiakan segala maklumat kepada ibu
bapa demi kepentingan anak-anak mereka. Ini adalah konsep yang di anjurkan oleh
agama islam iaitu dengan menyimpan sesuatu keburukan yang telah dilakukan oleh
seseorang untuk menutup maruah dirinya mahupun manjatuhkan aibnya kerana tidak
semua perkara kita harus dikongsikan kepada orang lain.
Oleh itu, perkara-perkara sedemikian perlu
dilakukan oleh guru sebagai tanda guru yang prihatin terhadap pemasalahan
seseorang. Selain itu, menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa
secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata
atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan ibu bapa terhadap
guru. Guru yang melampau dalam batas pergaulannya boleh menyebabkan perasaan
kedua-dua ibu bapa tersinggung dengan kata-kata kesat yang dikeluarkan dari
mulut guru tersebut. Keadaan ini cenderung berlaku apabila tahap kesabaran
seorang guru ditahap yang maksimum dan tidak terkawal sehingga kata-kata kesat
yang diungkapkan olehnya tidak disedari telah menyakiti hati seseorang.
Aspek-aspek Yang Terkandung Dalam Etika Perguruan
Pembentukan Etika Perguruan Malaysia terbahagi
dalam beberapa bahagian iaitu Profesionalisme, integriti, kejujuran
intelektual, Neutraliti, Akauntabiliti, Berpakaian, Berbahasa, Pengurusan masa
dan ketepatan waktu, dan Membuat keputusan.
Kepentingan
etika dalam profesion perguruan mengikut rentetan yang sempurna seperti Etika
Perguruan, Etika Kerja KPM, Nilai-nilai Utama Kerja KPM, Etika Profesion
Perguruan, Peranan Seorang Guru, Aspek Dalam Etika Perguruan.
Pekeliling
mengenai etika dalam profesion perguruan merupakan salah satu perkara yang
penting untuk meningkatkan profesion perguruan agar mendapat kedudukan yang
tinggi dan mulia pada pandangan pelajar dan masyarakat. Antara pekeliling
tersebut ialah Etika Berpakaian, Etika pengurusan masa, Tanggungjawab Asas
Guru, Jadual Waktu, Sukatan Pelajaran, dan Tatakelakuan atau Larangan. Semua
perkara-perkara ini sangat penting kerana untuk menjadi guru yang cermelang
dari segi sahsiahnya maka perkara-perkara inilah yang perlu ditekankan sebagai
seorang yang bergelar guru.
STRATEGI PEMBENTUKAN SAHSIAH GURU CERMELANG
Guru yang mempunyai sahsiah cermelang sangat diharapkan oleh masyarakat bagi mendidik anak bangsa negara ini pada masa hadapan. Hal ini, masyarakat menyedari bahawa hasil didikan guru bersahsiah unggul kelak bakal melahirkan murid-murid yang dapat memimpin dirinya, ahli keluarga dan masyarakat pada masa hadapan ke arah kebaikan dan kesejahteraan kehidupan. Bagi membina sahsiah guru cemerlang terdapat tiga aspek penting yang perlu ada dalam diri guru iaitu perkembangan, pencegahan, dan pemulihan.
Perkembangan
Aspek perkembangan diri bertujuan untuk memberi
peluang kepada golongan guru untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam
kerjaya mereka. Oleh itu, guru perlu memperbaiki diri dengan ilmu pengetahuan
dengan menanamkan minat yang mendalam terhadap bidang pengajian yang diambilnya.
Minat yang mendalam terhadap disiplin ilmunya akan menyunting semangat mereka
untuk bersungguh-sungguh di dalam pengajiannya. Guru juga perlu membuang sikap
negatif seperti beranggapan bahawa menuntut ilmu itu membosankan dan
membebankan kehidupannya. Malah, kecermelangan yang dikecapi itu bukan sahaja
dengan usaha tetapi disusuli dengan pengharapan doa kepada Allah untuk mencapai
kecemelangan tersebut.
Selain itu,
Latihan dalam perkhidmatan itu ialah proses membaiki diri bagi pembinaan
sahsiah cemerlang. Guru perlu sedar bahawa menuntut ilmu itu tiada
penghujungnya. Kaedah mengajar menggunakan papan hitam dan kapur atau membaca
daripada buku teks sahaja tidak mencukupi kerana penggunan teknologi maklumat
sangat penting masa kini sebagai pendedahan dan bantuan kepada guru. Pelbagai
program latihan dalam perkhidmatan perlu sentiasa diingatkan dan
diberikan latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan diri.
Antaranya, bengkel komunikasi berkesan, bengkel penggunaan kaedah pengajaran
terkini dan bengkel menagakses maklumat melalui internet.
Pencegahan
Aspek pencegahan bertujuan untuk menghalang atau
mencegah daripada berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas diri
seseorang. Perkara ini bertepatan dengan konsep “ mencegah itu lebih baik
daripada mengubat”. Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru ialah stress di
tempat kerja. Pengurusan stres boleh dikesan daripada aspek fisiologi dan psikologi
yang juga merentasi jenis pekerjaan, kedudukan, dan pangkat.
Ellis dan
rakan-rakan (1997), dari aspek fisiologi seperti sakit perut memulas-mulas,
migrain, dan sakit kepala malah aspek psikologi iaitu tekanan perasaan,
kemurungan, panas baran, perasaan cemburu, benci dan buruk sangka. Ini ditambah
lagi dengan perasaan takut, tidak upaya untuk bertindak dan panik yang
menambahkan lagi stres individu tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia
menyenaraikan stres ialah jantung berdengup kencang dan sukar bernafas, cepat
marah, tiada selera makan, hilang minat terhadap kerja harian,
menengking-nengking, dan berasa ingin membaling sesuatu.
Ali Mu’nis
(1995) mengaitkan penyakit jiwa seperti stres dengan penyakit pada alat
pencernaan dan hati seperti pahit pada mulut, bau mulut yang busuk, kerongkong
yang kering, sakit pada kerongkong, sukar untuk menelan, sakit pada otot-otot
perut dan muntah. Penyakit ini berkaitan dengan dengki, riak, takbur, sombong,
dan kufur nikmat yang membawa kemudaratan diri dan menerima azab yang pedih di
akhirat kelak.
Stres boleh
dilihat daripada perspektif teori Rational Emotive Behavior Therapy yang
mencadangkan untuk menghilangkan stres. Antaranya, meningkatkan konsep kendiri
yang baik, merancang tugasan dibuat secara kumpulan dalam mengikut kepakaran
masing-masing, keputusan yang dibuat di atas
sesuatu tindakan dilakukan secara bermesyuarat dan tanggungjawab perlu
dipikul bersama dalam semua kalangan pentadbir. Selain itu, bersukan, beriadah
bersama keluarga, mengambil permakanan yang seimbang dan memeriksa status
kesihatan.
Stres boleh
ditangani oleh pendekatan biologikal. Kementerian Kesihatan Malaysia (2002)
menetapkan tema “tangani Stres. Sihat Sepanjang Hayat” seperti menarik nafas
panjang dan mengucap, kenal pasti kenapa kita marah, cuba mendengar penjelasan
orang lain, tidak menghukum atau menyakiti hati, berbincang, dan memaafkan atau
menerima kenyataan bahawa manusia ini tidak lari daripada membuat kesilapan.
Unit Pendidikan Kesihatan Negeri Perak (2005) mencadangkan beberapa cara
mengurangkan untuk marah iaitu berfikir secara positif, jangan salahkan orang
lain apabila berlaku kesilapan, berlajar menyukai diri sendiri, belajar
bertenang, adakan hobi, luangkan masa bersama keluarga, kerja dan beriadah,
dapatkan teman untuk meluah masalah, bersifat tegas dan tetapkan matlamat
realistik.
Pemulihan
Aspek pemulihan bertujuan untuk memulih seseorang
guru daripada berterusan menghadapi permasalahan dalam kehidupannya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan psikososial seperti tekanan dalam
kehidupan, penyalahgunaan dadah, dan permasalahan dalam keluarga perlu diatasi
dengan perkhidmatan kaunseling dan pusat rawatan psikososial.
Perkhidmatan
kaunseling perlu diambil oleh guru yang mengalami ganguan emosi seperti guru yang
mengalami pelbagai masalah mempunyai tempat untuk meluahkan apa yang dirasai,
dialami dan difikirkan. Selain itu, muhasabah diri terhadap diri sendiri agar merenung kembali
apa yang telah dilakukan dan bertaubat untuk meninggalkan perkara yang tidak baik
itu. Guru juga perlu membuat rujukan iaitu dengan merujuk mereka kepada pihak
yang berkaitan agar pertolongan dapat disalurkan dengan kadar segera untuk
mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Selain itu, tindakan tatatertib
perlu diselaraskan sebagai satu bentuk hukuman dan peringatan kepada guru lain
tentang perlakuan yang dikategorikan sebagai beretika dan tidak beretika.
Sekiranya perlu, krusus dan bengkel dianjurkan dan kajian-kajian untuk melihat
implikasi krusus menangani isu sahsiah guru di Malaysia. Ini bertujuan untuk
membantu guru agar sentiasa diterapkan dan diberi peringatan agar sahsiah guru
yang positif dapat ditingkatkan.
NAMA : SHAHRUL
MUNIR BIN RUBANI
NO. MATRIKS : D20131064099
NO. MATRIKS : D20131064099
NAMA : KHAIRUL ASRAF BIN
MOHD NOR
NO. MATRIKS : D20131064095
NO. MATRIKS : D20131064095
KUMPULAN : C
PENSYARAH : En. Che Anuar bin Che Abdullah